n
nurul Alliya Saffiya Binti Rizal


Khairil seorang lelaki yang mempunyai masalah dalam hidupnya. Masalah itu terus hilang apabila berkenalan dengan Nurul.


Drame Tout public.

#]
0
2.3k VUES
En cours - Nouveau chapitre Every 2 days
temps de lecture
AA Partager

BAB 1

"Ahh, lantaklh, kisah apa aku!? ", Khairil keluar dari kelas dengan perasaan yang marah selepas membaling buku kerjanya ke lantai. Suara Khairil kedengaran sehingga kelas sebelah.


"Muhammad Khairil bin Shahruzam!", Cikgu Sarah memanggil anak muridnya.


Semua murid di dalam kelas itu terdiam dengan apa yang berlaku.


[~❤~]


"Ish, apa masalah si Khairil tu. Tengok, disebabkan dia, Cikgu Sarah dah tak nak ajar kelas kita lagi", kata Puteri kepada Nurul.


"Mana tahu, mungkin dia ada masalah keluarga ke? "


"Hmm, mungkinlah"


Nurul sampai ke rumahnya. Mamanya sedang sibuk di dapur. Dia terus mencari mama.


"Assalammualaikum, mama! "


"Waalaikummussalam, dah balik anak mama"


"Mama buat apa? "


"Mama tengah masak favourite ayah"


"Ouh, mmm, sedapnya bau"


"Dah pergi mandi, lepastu hantar makanan dekat ayah kat kebun"


"Baik, mama "


Nurul bergegas mandi untuk menyegarkan badannya daripada peluh.


[~❤~]


"Assalammualaikum, Puteri ! "


"Waalaikummussalam, kejap! "


"Jom! "


Mereka menuju ke kebun dengan menaiki basikal. Ayah Nurul seorang ketua kampung, memang kebiasaannya Ayah Nurul pergi ke kebun pokok kelapa sawit untuk mengisi masanya dengan membantu pekebun menanam pokok kelapa sawit.


"Ayah! ", terlihat ayahnya sedang bercakap dengan seorang pekebun.


"Haa, sampai pun anak perempuan sorang ayah ni"


"Nah, mama masakkan, favourite ayah"


"Wah, terima kasih"


"Ayah, kitaorang nak main kat sini kejap boleh? "


"Mainlah, tapi jangan jauh-jauh"


"Ok! ", jawab Nurul.


Nurul dan Puteri berlari berkejar-kejaran. Tiba-tiba Nurul ternampak sesuatu. Kelibat Khairil sedang membantu ibunya menoreh getah. Kebetulan kebun kelapa sawit dan kebun pokok getah tidak jauh. Mustahil tidak nampak kelibat orang di situ.


"Puteri cuba tengok tu", Nurul menunding jarinya.


"Eh, itu bukan Khairil ke? "


"Tak pernah pulak nampak dia dekat sini"


"Sebelum ni takde pun nampak kelibat dia"


"Ntahlah biarlah dia. Nurul jadi!", Puteri menepuk bahu Nurul menandakan kini Nurul harus mengejar Puteri. Nurul mengejar Puteri hingga dapat.


[~❤~]



"Assalammualaikum, mama kitaorang dah balik! "


"Waalaikummussalam"


Nurul terus menuju ke biliknya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Selepas solat maghrib, Nurul mencari mama dan ayahnya.


"Abang tahu tak pasal Shahruzam tu? "


"Kenapa dengan keluarga dia? ", suaminya bertanya kembali.


"Saya dengar cerita Shahruzam tu dapat kerja dekat KL, betul ke bang? "


"Itulah yang abang dengar dari mulut orang, abang pun tak tahu betul ke tak"


"Kerja apa agaknya ya"


Mama Nurul menghidangkan makanan ke atas meja. Nurul yang dari tadi mendengar perbualan mama dan ayahnya turun untuk makan malam. Nurul hanya berdiam diri sahaja.


[~❤~]


Pagi esoknya, Nurul dan Puteri dalam perjalanan ke sekolah.


"Nurul, ada dengar berita pasal Khairil tak? "


"Ada tapi tak tahu "


"Mak kite cerita, ayah Khairil, Shahruzam kerja dekat KL"


"Kerja apa? "


"Bisnes, diaorang kata sebab bisnes ayah dia terkenal sampai dekat KL"


"Oh"


"Dah, jom nanti kita lambat sampai sekolah"


"Jom ", mereka mempercepatkan langkah mereka.


Akhirnya, mereka sampai ke sekolah.


"Kau bagi duit kau sekarang! "


"S...saya..... "


"Apa saya...saya? "


"Woi, apa kau buat? ", tegur Nurul.


Khairil menoleh. Terlihat Nurul sedang memandangnya dengan marah.


"Kau jangan sibuk hal kitaorang boleh tak? "


"Kau kena lepaskan budak tu dulu "


"Kalau aku tak nak lepaskan? ", Khairil mengugut.


"Aku bagitahu cikgu "


"Ok, fine, kali ni kau menang"


Khairil melepaskan budak yang diugutnya tadi.


"Awak ok? "


"Saya ok, terima kasih awak "


"Sama-sama, jom Puteri, kita balik kelas"

29 Mai 2021 09:33:53 0 Rapport Incorporer Suivre l’histoire
0
À suivre… Nouveau chapitre Every 2 days.

A propos de l’auteur

Commentez quelque chose

Publier!
Il n’y a aucun commentaire pour le moment. Soyez le premier à donner votre avis!
~